HASNY OFFLINE
2014
DAUGHTER OF SHIMY'SAIN

Saturday

PUKUL 3.42 PAGI

Bismillahirahmanirahim , tak terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam di dunia ini. Syukur Alhamdulillah saya masih bernafas dan sempat merasai tahun baru Islam, Memandangkan saya masih belum tidur,saya ingin menjawab pertanyaan daripada seorang Hamba Allah ini tentang "kenapa dan mengapa saya memakai tudung/hijab kerana sebelum ini saya bangga menunjukkan aurat/rambut saya pada orang ramai".



Setahun yang lepas, abah berbual dengan mak di ruang tamu tentang perihal anak-anak perempuannya yang belum berhijab, abah cakap "Kakak dah kahwin,segala dosa dan pahala suami dia yang tanggung,tapi adik(saya) belum kahwin,dosa dia still abang kena tanggung, kesian dekat abang kan nanti dekat sana abang nak jawab apa dengan Allah", masa tu abah dengan mak tak perasan yang saya ada belakang mereka. Pada waktu itu, hanya Allah saja yang tahu betapa bersalah dan sedih dengan apa yang abah luahkan.



Saya balik ke Shah Alam dengan niat baru, saya meminta kawan baik saya iaitu Nani untuk meminjamkan tudungnya dan mengajar saya memakai tudung dengan kemas dan cantik, ramai yang terkejut dengan perubahan diri saya yang drastik ini terutama kawan-kawan di kampus, sepanjang saya memakai tudung saya rasa bahagia dan mempunyai satu perasaan yang lain.



Pada suatu hari,saya meminta duit dari abah atas alasan untuk membeli barang,tetapi sebenarnya untuk membeli tudung memandangkan saya hanya meminjam tudung Nani sepanjang saya bertudung. Keesokkan harinya, saya meminta mak dan abah mengambil saya di airport  Penang untuk bercuti sempena Hari Raya Aidiladha, abah cuba untuk mencari saya di airport tapi gagal, apabila saya berjalan ke kereta, saya lihat perbezaan dari riak muka abah dan mak, bukan muka sedih tapi muka kegembiraan,Alhamdulillah.



Saya masuk ke dalam kereta sambil salam dan bercakap "Abah adik minta maaf sebab duit yang adik minta bukan untuk beli barang tapi untuk beli tudung", Pada pagi Hari Raya Aidiladha, kami semua bersalam-salaman dan saya berkata pada abah, 

"abah jangan sedih lagi, abah akan happy nanti dekat sana,adik dah berhijab,Alhamdulillah"








No comments:

Post a Comment